TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Showing posts with label Civil Engineering. Show all posts
Showing posts with label Civil Engineering. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Kejuruteraan awam l Dah lama ditinggalkan


Bidang kejuruteraan awam

Oleh kerana dah seminggu tinggalkan universiti, teringat pulak kepada buku-buku yang berkaitan kos kejuruteraan awam..bajet rindu time belajar la ni..tu la, time berada kat universiti..nak tengok buku pun malas. Tapi, bila dah habis belajar ni..rindu pulak nak tengok buku-buku tu semua.

Ok, berbalik kepada tajuk entri "dah lama ditinggalkan". Sebenarnya, dulu banyak jugak aku tulis entri berkaitan dengan kejuruteraan awam. Cuma maklumat-maklumat asas kejuruteraan awam je. Tak la begitu mendalam sangat. Tapi sejak dua menjak ni, dah tak tulis dah entri pasal bidang yang aku belajar tu. Bukan tak nak tulis, tapi..bila berada dalam mood belajar ni..nak tulis pasal tu semua pun malas..Sebab, bila time bersama blog..aku dah tak nak fikir pasal belajar..nak tenangkan fikiran dengan blog ni.

Bila dah habis belajar ni, mungkin aku akan tulis balik entri berkaitan kejuruteraan awam. Berkongsi maklumat berkaitan bidang yang aku pelajari. Nak cakap aku pro, aku pun biasa-biasa je.. kalau sekadar berkongsi ilmu asas berkaitan kejuruteraan awam boleh la. Lagi pun, ramai jugak pengunjung-pengunjung blog ini inbox kat Fanpage blog bertanyakan maklumat-maklumat berkaitan kejuruteraan awam. Kalau soalan yang aku tahu, aku jawab terus kat dia orang. Kalau tak tahu, aku terpaksa rujuk buku rujukan aku jugak. Mereka semua pun ada request supaya perbanyakkan entri mengenai bidang kejuruteraan awam. InsyaAllah, aku akan cuba tulis balik entri mengenai bidang ini nanti.

Kat bawah ni, adalah senarai entri berkaitan kejuruteraan awam yang telah aku tulis dulu. 

Thursday, October 24, 2013

Pertama kali untuk semester ini

Dah nak sampai pertengahan semester, tapi pertama kali lakukan. Ok, ni cerita 2 hari lepas..Oleh kerana sibuk untuk siapkan projek Perisian Kejuruteraan Awam yang Wan cerita hari tu (baca SINI), terpaksa ponteng kuliah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Bukan suka hati nak ponteng, tapi dah terpaksa! Sebab, untuk projek ini..Software yang perlu digunakan hanya ada Makmal Komputer Fakulti sahaja. Dalam laptop tak ada. Software memang mahal..beribu-ribu ringgit harganya.

So, dengan bilangan komputer yang terhad dan waktu penggunaan makmal yang kritikal, terpaksa la ponteng kuliah. Time tu je makmal free..time lain..full dengan kuliah makmal tu. Tak apa, kali pertama ponteng kuliah..InsyaAllah..lepas ni tak buat dah..Sorry ea puan.. :)


Ini gambaran 3D rekabentuk rumah untuk projek ini. Nak buatnya, tak la susah sangat. Tapi, nak tahu samada apa yang kita rekabentuk tu lulus atau gagal perlu mengambil masa yang lama. Kalau ada struktur yang gagal..kena ubah lagi..sampai la..semua rekabentuk itu complete.

#p/s: best guna software ni..boleh design rumah atau bangunan yang pelbagai bentuk

Monday, October 21, 2013

Belajar selepas subuh

Dihening subuh..dikesunyian pagi..adalah waktu yang paling baik untuk belajar. Pada Wan, belajar pada waktu pagi lebih baik kerana senang nak faham dan apa yang kita belajar tu mudah masuk ke dalam otak. Ianya kerana, waktu itu otak kita masih fresh.

Ok, selepas subuh tadi..ambik masa dalam 1 jam setengah untuk study pelan arkitek untuk projek Perisian Kejuruteraan Awam. Untuk projek ini, pensyarah telah memberi tugasan untuk merekabentuk bahagian struktur bagi satu rumah teres satu tingkat. Kerja merekabentuk ini menggunakan software yang sangat familiar bagi orang yang dalam bidang kejuruteraan awam iaitu "Esteem". Esteem ini satu software untuk merekabentuk bahagian struktur sesuatu bangunan. Guna software adalah salah satu kelebihan kerana kalau kira manual, ambik masa yang lama.

Tapi, sebelum merekabentuk menggunakan software tersebut..kefahaman mengenai bangunan yang ingin direkabentuk perlu ada. Sebab, pelan daripada arkitek kita perlu kaji dan fahami. Antara yang perlu diketahui contohnya kedudukan beam (rasuk), kedudukan tiang, struktur lantai dan sebagainya. Di alam pekerjaan, kerja-kerja merekabentuk ini dilakukan oleh Consultant Civil & structure (C&S).

Pelan arkitek, rumah teres, pandangan rumah
Pelan pandangan tepi rumah
Pelan arkitek, rumah teres, pelan lantai
Pelan lantai
Pelan arkitek, rumah teres, pandangan rumah
Pelan pandangan belakang dan depan rumah
#p/s: Dalam banyak-banyak bidang dalam Kejuruteraan Awam, bidang merekabentuk paling best..Tapi, bidang ini la yang paling susah..

Sunday, August 25, 2013

Kerjaya di Bidang Kejuruteraan Awam

Kerjaya di Bidang Kejuruteraan Awam

Sektor Awam
  • JKR, JPS, Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Kementerian Pelajaran, Pengajian Tinggi, Pertahanan, Jabatan Alam Sekitar, Pensyarah di IPTA, IPTS, Guru dan semua agensi kerajaan yang berkaitan teknikal.
Sektor Swasta
  • Syarikat Pembinaan, Perunding, Syarikat Petroleum, Kilang.
Bekerja sendiri
  • Sebagai kontraktor, pembekal, perunding.

Saturday, August 24, 2013

ilmu arkitek - Minggu Pembinaan


Assalamualaikum..salam hujung minggu. Ok, hari ini...Wan satu hari lepak di Terengganu Trade Centre (TTC). Apa kaitannya lepak di TTC dengan tajuk entri ni..! Ok, senang cerita..minggu ini..CIDB telah mengadakan satu event di TTC iaitu Minggu Pembinaan. Event tersebut berlangsung pada hari khamis lepas hingga hari ini. Banyak agensi jugak yang terlibat, antaranya pihak PMINT, TATIUC, BSN, ABM dan pelbagai lagi.

Sekarang fokus kepada tajuk entri, ilmu arkitek yang Wan maksudkan ialah mengenai Software yang berkaitan dengan bidang arkitek. Walaupun Wan belajar dalam bidang kejuruteraan awam, pengetahuan bidang arkitek juga ada kaitan dengan bidang kejuruteraan awam. Kenapa Wan katakan begitu! ianya kerana, sesuatu projek pembinaan bermula dengan Arkitek. Seterusnya, bidang kejuruteraan awam la yang menrealisasikan hasrat arkitek tersebut. Senang cerita, Arkitek merekabentuk..Jurutera awam yang melaksanakan. So, pemahaman ilmu arkitek sangat penting juga dalam bidang kejuruteraan awam. Kalau seseorang Jurutera dapat menguasai juga bidang Arkitek, beliau mempunyai satu kelebihan dalam sektor pembinaan.

Kawan seperjuangan Wan yang juga praktikal sekarang, berada juga di Minggu Pembinaan tersebut. Syarikat dia juga menyertai dalam pameran event itu. So, dari situ la Wan dapat ilmu arkitek. Syarikat tersebut ada satu syarikat pembinaan yang berasaskan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan juga mereka bentuk rumah. Dalam pameran itu, syarikat itu banyak mengajar pelawat-pelawat yang berkunjung mengenai ilmu arkitek yang berkaitan dengan software. Wan pun ambil jugak peluang belajar software tersebut walaupun bukan bidang Wan. Apa salahnya kan..orang nak ajar..so..jangan lepaskan peluang. 2 hari jugak Wan lepak kat TTC, hari ini dan semalam. Banyak jugak la menimba ilmu dalm event ini. Selain dapat ilmu, ianya juga dapat bertukar-tukar pendapat mengenai dunia pembinaan. Event seperti ini sangat bagus kalau anda dalam bidang pembinaan. Memang banyak manfaat daripada event anjuran CIDB ini.

"Ilmu dicari bukannya mencari"

Thursday, August 22, 2013

Cube test (ujian kiub konkrit) - Kejuruteraan Awam


Cube Test atau dikenali ujian kiub konkrit ialah salah satu ujian yang dijalankan ke atas bancuhan konkrit apabila tiba di tapak bina. Tujuannya ialah untuk menentukan kekuatan konkrit mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sama seperti Slump Test.

Prosedur cube test
  1. Kiub konkrit dibuat dengan menggunakan acuan besi yang berukuran 150mm x 150mm.
  2. Bancuhan konkrit dimasukkan sebanyak 3 lapisan dan dipadatkan sebanyak 35 kali.
  3. Permukaan atas konkrit dirataan dan dilabelkan mengikut tarikh ianya dibuat.
  4. Acuan tersebut disimpan ditempat terlindung dari kelembapan selama 24jam.
  5. Selepas acuan tersebut dibuka, kiub konkrit akan diawet dengan menrendamkannya ke dalam tangki berisi air sebelum diuji.
  6. Ujian dibuat keatas kiub konkrit pada hari ke-7 dan ke-28 dari tarikh kiub tersebut dibuat.

Wednesday, August 21, 2013

Slump Test - Kejuruteraan Awam


Slump Test ialah ujian yang dilakukan sebelum konkrit dituangkan ke dalam kotak bentuk. Mutu dan kebolehkerjaan ditentukan oleh kandungan air dalam bancuhan.

Prosedur Slump Test (Ujian Keruntuhan Konkrit)
  1. Acuan yang berbentuk kon akan dibasahkan terlebih dahulu dab diletakkan pada permukaan rata.
  2. Sampel bancuhan konkrit diambil dan dimasukan ke dalam acuan sebanyak 3 lapisan dan setiap lapisan dipadatkan sebanyak 35 kali menggunakan rod besi.
  3. Bahagian atasnya diratakan. Kemudian, acuan kon diangkat secara perlahan-lahan dan acuan diterbalikkan. Seterusnya diletakkan bersebelahan dengan runtuhan bancuhan konkrit tadi.
  4. Mutu konkrit diukur dengan mengambil bacaan tadi dari bahagian atas acuan kon hingga ke bahagian atas runtuhan konkrit dengan menggunakan pita ukur. Beza ketinggian yang dibenarkan ialah 75 +/- 25cm.
Pengukuran runtuhan bancuhan konkrit



Wednesday, July 31, 2013

Praktikal #1 : Dah Sebulan!!

Assalamualaikum

Salam ramadhan...dah lama tak update mengenai praktikal. Godek-godek kalendar tadi, rupa-rupanya hari ini dah genap sebulan praktikal. Sekejap je rasa...So, tinggal sebulan la lagi praktikal. Lepas tu masuk universiti balik. Ok, sebulan praktikal..banyak la jugak ilmu-ilmu mengenai pembinaan di tapak bina. Ada yang pernah belajar kat universiti dan ada yang tak pernah tahu pun sebelum ini. So, latihan industri ini berguna jugak la sebab banyak ilmu yang tidak diajar oleh pensyarah di universiti boleh diketahui apabila menjalani latihan industri.

Sejak 2 3 hari kebelakangan ini, satu hari suntuk perlu berjemur ditengah cuaca panas di tapak pembinaan. Bukan saje-saje berjemur macam mat salleh tu..tapi membuat pemantauan dan pemeriksaan kerja-kerja pembinaan oleh mat-mat bangla dan indon. Dia orang pun berjemur, aku pun berjemur. so, adil la..dah jadi lumrah kerjaya sebagai jurutera. Kalau tak berjemur panas, bukan jurutera namanya..hehe...Apa-apa pun, setakat sebulan praktikal ni enjoy la jugak..ada hari penat dan hari boleh rehat..Ok, esok ada pemeriksaan reinforcement(tetulang) bersama consultant. Harap-harap semuanya ok..k..salam...!

Monday, July 22, 2013

Adunan Kek Raya?

Assalamulaikum
Apa korunk fikir kalau gambar kata atas ni. Mesti korunk ingat Wan nak buat adunan kek kan...hehe. Tadi, Wan ada jugak post gambar ni kat wall Fb Wan. Yang lawaknya, ada kawan Wan percaya, Wan betul-betul nak buat kek. Dia orang cakap Wan nak buat kek macam gambar kat bawah ni..haha


urmm..sebenarnya..adunan dalam gambar kat atas tu bukan adunan nak buat kek, tapi adunan "skin coat". Mesti korunk tak tahu apa itu "skin coat". Kalau budak civil engineering, tahu la kot. Yang tak tahu tu wan akan explain kat korunk apa itu "skin coat". Ok..1st yang perlu korunk tahu, "skin coat" bukannya kapur. Ianya sama macam kapur yang dicampurkan kat dalam bancuhan simen. Tapi, "skin coat" ni bukan dicampur kat dalam bancuhan simen. Ianya digunakan untuk kerja2 "plaster" pada dinding. Konsepnya, sama macam simen minyak iaitu untuk menlicinkan permukaan dinding. Kalau guna "skin coat", dinding kelihatan lebih cantik dan ianya akan menjimatkan kos apabila kerja2 mengecat nanti.

hehe..yang bukan dalam bidang pembinaan, mesti korunk kurang faham apa yang Wan sampaikan ini. Bukan semua orang tahu istilah2 dalm bidang pembinaan ni. Apa-apa pun, kalau ada yang confius, korunk boleh tanya.."sharing is caring"..k..salam..

Tuesday, February 12, 2013

Kejuruteraan Struktur & Bahan Binaan

Assalamualaikum

Next entry "Civil Engineering", Wan akan menerangkan salah satu lagi Sub-Kejuruteraan Awam..iaitu..Kejuruteraan Struktur & Bahan Binaan..ok..Wan pecahkan kepada 2 bahagian untuk senang nak faham iaitu Kejuruteraan Struktur dan Kejuruteraan Bahan Binaan...kedua-dua bahagian ini saling berkaitan dalam pembinaan..


Kejuruteraan Struktur

Menyentuh prinsip-prinsip pembinaan dan reka bentuk pelbagai struktur yang menanggung beban seperti pembinaan jambatan, landasan kereta api, lapangan terbang, jalan raya dan lebuh raya, empangan, saliran, sistem pembersihan, sistem bekalan air, bangunan, pelabuhan, terowong dan sebagainya.


Prinsip-prinsip yang dikaji ialah analisis dan reka bentuk struktur serta perkara yang perlu diberi perhatian agar struktur serta perkara yang perlu diberi perhatian agar struktur yang dibina kuat dan tahan lasak serta selamat.


Kejuruteraan Bahan Binaan

Mengkaji sifat bahan binaan seperti kayu, keluli, bata, konkrit dan lain-lain yang digunakan dalam projek pembinaan. Kajian ini penting supaya penggunaan bahan ini mengikut spesifikasi dan berkualiti.


ok..tu je yang aku boleh terangkan kat korunk mengenai Kejuruteraan Struktur & Bahan Binaan...apa-apa pun..tq kerana baca entry aku ni.. :)


p/s: tunggu entry "Civil Engineering" seterusnya...

Sunday, February 10, 2013

Kejuruteraan Pembinaan

Assalamualaikum

Next entry "Civil Engineering"..kali ni..Wan akan terangkan salah satu Sub-Kejuruteraan Awam iaitu Kejuruteraan Pembinaan...maybe sub ini adalah sub yang paling penting dalam bidang kejuruteraan awam...kerana ia menentukan keselamatan dan kelancaran untuk sesuatu pembinaan..

Dalam Sub ini...ia menyediakan pengetahuan tentang pelaksanaan sesuatu projek kejuruteraan awam seperti pengetahuan tentang kaedah pembinaan, proses pembinaan, alatan dan bahan yang digunakan, pengurusan pembinaan serta kerja-kerja yang berkaitan.

Didalam sesuatu projek pembinaan...Terdapat beberapa peringkat dalam sesuatu projek pembinaan iaitu :-

  • Peringkat perancangan
  • Peringkat analisis dan reka bentuk
  • Peringkat pengurusan
  • Peringkat pembinaan
  • Peringkat penyerahan
Setiap peringkat-peringkat ini mempunyai fungsi masing-masing..kelancaran sesuatu projek pembinaan bergantung kepada keberkesanan pengurusan dalam setiap peringkat..jika salah satu daripada 5 peringkat tidak diambil kira...sesuatu projek itu mungkin akan mengalami masalah...

Pihak berkuasa tempatan dan kakitangan teknikal akan terlibat secara langsung dari mula hinggalah ke peringkat binaan itu diserahkan kepada pemilik. Tujuannya adalah untuk memastikan pembinaan yang dijalankan mengikut spesifikasi kerja dan juga mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.


p/s: tunggu next entry "Civil Engineering"..Wan akan menerangkan Sub-Kejuruteraan Awam yang lain... :)

Tuesday, February 5, 2013

Jurutera Awam

Assalamualaikum

Next entry " Civil Engineering", aku akan terang kat korunk kerjaya sebagai Jurutera Awam..ia adalah salah satu kerjaya daripada bidang Kejuruteraan Awam...Kalau korunk bercita-cita nak jadi Jurutera Awam..perkara pertama..perlu lah melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan Awam dulu yang banyak ditawarkan di IPTA dan IPTS dalam atau luar negara.




Ada syarat yang korunk perlu penuhi antaranya ialah:- (syarat ni aku copy paste dari website Fakulti aku FKAAS UTHM) - syarat digunakan pakai di UTHM..syarat di Universiti lain..mungkin berbeza..kalau beza pun..tak banyak...

Candidates with STPM qualification:
- Pass in Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) with at least a C in General studies, and
- At least a C in one (1) of the following subjects: Mathematics T, Advanced Mathematics T, Physics and Chemistry.

Candidates with Matriculation Certificate (Physical Science Stream)
- Pass in KPM Matriculation program with at least a CPA of 2.00.
- At least a C in Mathematics, Physics and Science.

Candidates with equivalent qualification:
- IPTA Diploma, or equivalent qualification in or related to the field of Engineering, or equivalent, with a CPA of at least 2.70.

Two (2) years working experience in the related field with a CPA of at least 2.50.


Syarat lain:
have taken MUET test.


Setelah korang berjaya ke IPTA dalam bidang ini.... korunk akan didedahkan dengan kefahaman, kemahiran dan segala pengetahuan teknikal ilmu kejuruteraan awam. Selain daripada itu juga korunk akan dididik dengan kemahiran insaniah iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kreatif, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, etika dan moral profesional dan kepimpinan.

Selain itu..korunk juga perlu mempunyai ciri-ciri peribadi apabila ingin menjadikan profesion ini sebagai kerjaya korunk...ciri-ciri peribadi yang perlu korunk ada :-
  • Minat dengan profesion ini.
  • Berpengetahuan dalam bidang fizik dan metamatik.
  • Mempunyai idea dan kreatif.
  • Boleh bekerjasama secara berkumpulan
  • Tekun dan sanggup bekerja keras.
  • Mempunyai kemahiran dan pengetahuan komputer.
  • Berkemampuan dalam menyelesaikan masalah.
  • Semangat kerja berpasukan.

Tahniah....sekiranya korunk berjaya melepasi segala halangan dan cabaran semasa di Universiti dan lulus dengan jayanya, peluang kerjaya korunk amat cerah. Kenapa aku katakan cerah sebab permintaan untuk jawatan jurutera awam boleh dikatakan tinggi. Kebarangkalian anda untuk menganggur selepas tamat universiti adalah amat rendah. Kecualilah kalau korunk nak pilih menganggur itu sebagai satu kerjaya. Keperluan ini semakin bertambah dengan meningkatnya pembangunan negara. Oleh itu, korunk bolehlah memilih samada untuk berkhidmat di sektor awam atau pun swasta. Peningkatan Permintaan Jurutera Awam seiring dengan Peningkatan Pembangunan.

Setelah korunk dah menceburi bidang jurutera awam...antara tugas Jurutera Awam ialah merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Mepunyai kemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanah untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan. 

Seperti yang aku katakan dalam entry yang lepas..bidang kejuruteraan awam ni besar dan pelbagai..so..antara kelas Jurutera Awam ialah...Jurutera awam, jurutera awam pembinaan bangunan, jurutera awam lebuh raya dan jalan raya, jurutera awam geoteknik, jurutera awam pembinaan jambatan, jurutera awam pengairan, jurutera awam hidraulik, jurutera awam kumbahan...

ok..ni je la yang aku dapat explain kat korunk mengenai kerjaya sebagai Jurutera Awam...nak mencapai kerjaya macam ni bukannya mudah..pelbagai cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi..tapi..apa yang penting minat dan semangat perlu ada sebelum menceburi bidang ini..ok..tq sebab sanggup baca entry aku sampai habis... :)

p/s: tunggu next entry "Civil Engineering"

Monday, February 4, 2013

"Kejuruteraan Awam"..Apa???

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan....1st entry pasal "Engineering"..aku kan introduce kat korunk apa maksud disebalik perkataan "Kejuruteraan Awam"...time aku nak apply pemohonan sambung diploma dulu..aku pun tahu maksud bidang ni..aku mohon je...nasib baik..sesuai dan minat dengan bidang ni...


Kejuruteraan awam merupakan bidang kejuruteraan yang merangkumi aspek-aspek pembinaan dan pembangunan, sama ada dalam pembuatan jalan, bangunan, sistem perparitan, pengawalan banjir serta trafik dan lain-lain. Kejuruteraan Awam mempunyai ruang lingkup yang luas, merangkumi aplikasi matematik, fizik, kimia, biologi, geologi, hingga ke penggunaan ICT. Kejuruteraan Awam berkembang sejajar dengan permintaan manusia, sehingga boleh dikatakan bidang ini mampu merubah sebuah hutan menjelma kepada kota metropolitan. Berikut antara bidang-bidang dalam Kejuruteraan Awam :-

  • Kejuruteraan Umum
  • Kejuruteraan Struktur
  • Kejuruteraan Kebakaran
  • Kejuruteraan Geoteknik
  • Kejuruteraan Pengangkutan
  • Kejuruteraan Alam Sekitar
  • Kejuruteraan Hidraulik
  • Kejuruteraan Sumber Air
  • Kejuruteraan Pembinaan
  • Kejuruteraan Sains Bahan
  • Kejuruteraan Ukur tanah


p/s: banyak kan pecahan bidang kejuruteraan awam...sebab ni la aku makin meningkat sem..semakin pening belajar...


Sunday, February 3, 2013

Trust Me, I'm an "Engineer"

Assalamualaikum..

Hari ni..mari idea nak tulis entry2 pasal "Engineering"...
dah hampir 6 tahun bergelar sebagai Student Engineering
so..apa salahnya kan..share2 info pasal Engineering
bak kata orang "Sharing is Caring"
tapi..aku akan lebih fokus kepada bidang "Civil Engineering"
senang cerita..bidang2 pembinaan...

Aku fokus Civil Engineering sebab aku ni Student Civil Engineering..
next sem..akan bergelar sebagai Student Final Year di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
dah tak sabar nak grad..hehe

Cakap pasal Civil Engineering aka bidang pembinaan
korunk jangan ingat aku belajar pasal bina bangunan je...
bidang ni merangkumi semua aspek..
semua perkara aku perlu tahu..
seperti..bangunan..tanah..air...persekitaran...n banyak lagi la..
kalau nak senarai memang banyak...
okay..tunggu entry2 aku pasal Civil Engineering
nanti..korunk akan lebih tahu mengenai bidang ni...

k..Salam....